25 February 2010

Mesyuarat Gerak Gempur Rakan Pembaca 2010

tarikh : 25hb Februari 2010
tempat : Bilik Mesyuarat, PKG Bukit Besar
hari : Khamis

16 February 2010

Program Juara Rakyat 2010



Satu Program Juara Rakyat telah diadakan di Stadium Negeri Terengganu pada hari Sabtu,13 Februari 2010, jam 2.30 ptg. Program ini bersempena penyampaian sumbangan kepada pengusaha keropok Persatuan Perusahaan Keropok Losong dan juga penyampaian saguhati kepada anak-anak Terengganu dalam PMR dan UPSR yang mendapat keputusan yang cemerlang. Majlis ini dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin.Krew BTPNT telah bertugas pada hari tersebut.

11 February 2010

Pemasangan Kampus ASTRO


Pada 25hb Januari 2010, Pemasangan bagi Kampus Astro di PKG Tok Jiring telah siap dipasang oleh Syarikat ASTRO Terengganu. Pemasangan Astro merupakan satu inisiatif Astro dimana pengendali TV satelit berbilang Terus Ke Rumah yang terkemuka di negara ini menyediakan alat perakam Video Peribadi, set televisyen, akses kepada saluran-saluran kandungan pembelajaran dan maklumat Astro serta televisyen, akses kepada saluran-saluran kandungan pembelajran dan maklumat Astro serta penyelenggaraan peralatan secara percuma sepanjang tempoh kempen kepada 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia termasuk Pusat Kegiatan Guru.
Antara saluran- saluran pendidikan dan maklumat
terdiri daripada Astro Awani, Astro Ceria, Discovery Channel, National Geographic Channel, Discovery Science Channel, Animal Planet Channel, The History Channel, Disney, TVIQ, TV1, TV2 dan Bernama.

disediakan oleh Cik Anita@Aziza binti Mohamad

Aktiviti Penarafan IQ PSS 2010

Makluman untuk semua GPM!!

Penarafan PSS bagi tahun 2010 boleh dilaksanakan secara online berkuatkuasa mulai 09-FEB-2010.Tanggungjawab GPM:

  • Kemaskini profil sekolah/PSS sekiranya terdapat perubahan
  • Isi borang iQ-PSS 2010 secara online dengan lengkap.
  • Masukkan catatan anda sebagai GPM.
  • Cetak iQ-PSS dan majukan borang iQ-PSS tersebut kepada pengetua/guru besar anda untuk pengesahan di atas borang sebagai tanda pengetua/guru besar anda bersetuju dengan penilaian yang anda telah buat secara online.
  • Kemaskini iQ-PSS 2010 anda secara online dengan menandakan ruangan pengesahan pengetua/guru besar.
  • Setelah berpuashati, majukan iQ-PSS 2010 sekolah anda secara online kepada PTP PKG anda.

Peringatan :

1. Pautan untuk ke halaman Sistem ini boleh didapati pada "link" di sebelah kiri atau menaip "http://btp.tarantula.my/" di alamat "web browser" anda.

2. ID Pengguna adalah no. kad pengenalan GPM sekolah manakala "password" adalah 123.

3. Sebarang masalah atau pertanyaan sila hubungi Pegawai BTPN/PKG berhampiran.